Kamis, 02 Januari 2014

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui

Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.
Misalkan, ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain.
Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya.
 
Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.
Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi.
Tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

tetapi itulah hidup.
Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit.
Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita  sedih, kecewa dan merasa  tidak adil. 

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH SWT. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. 
Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semuanya kepadaNYA.


Ini akan menenangkan hati yang gelisah.
Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.


Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah Swt itu lebih baik.
Buat sahabat yang sedang  bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah Swt sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA.
Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri. 

Allah Swt selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu,  DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi  sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencoba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Salam Rastra Sewakottama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar